Makanan Tradisional Kaum Iban! 😍
Kalau pasal makanan, laju je anda sekalian klik kan? (Hehehe)
Dalam blog ini, saya akan berkongsi tentang makanan tradisional etnik kaum Iban yang merupakan antara makanan kegemaran saya iaitu Manok Pansuh (Ayam dalam Buluh), Midin Belacan (Sayur Kemiding Belacan) dan Kuih Penganan. Jom kita mula! (Jangan risau, semua makanan yang disenaraikan di bawah ini adalah halal)
Manok = Ayam
Pansuh = Buluh
Hidangan manok pansuh ini sememangnya terkenal di seluruh negeri Sarawak. Namun, makanan ini adalah salah satu makanan tradisional kaum Iban. Hidangan makanan ini selalunya dihidangkan dalam sambutan hari kelahiran, semasa family gathering, majlis perkahwinan yang disambut dalam tema Iban, semasa hari perayaan dan banyak lagi!
Nama makanan pun Manok/Ayam, sudah semestinya makanan ini semuanya berasaskan ayam. Manuk pansuh ini menjadi hidangan kegemaran saya kerana hidangan ini begitu enak rasanya apabila dimasak di dalam buluh bersama bahan–bahan yang begitu istimewa. Gambar di bawah adalah hidangan manok pansuh:
Manok pansuh yang masak sudah sedia untuk dihidangkan. Berjayakah saya membuat anda meliur atau sekurang-kurangnya perut anda berkeroncong? Jika ya, adakah hati anda tergerak untuk cuba membuat hidangan makanan ini? Atau sekadar ingin tahu bagaimanakah kaum Iban membuat hidangan ini? Anda boleh klik link dibawah!
- https://www.youtube.com/watch?v=mnU4le1eAh8
2. Midin (Kemiding)
Midin = Kemiding
Sayur midin ini merupakan sayur yang mudah didapati dan amat terkenal yang sering dihidangkan oleh masyarakat kaum Iban. Ada yang lebih suka makan midin tanpa belacan, tetapi bagi saya, midin ini lebih sedap dimasak dengan belacan. Hidangan ini sangat mouth-watering.
Selalunya hidangan midin ini dihidangkan sebagai lauk biasa untuk satu keluarga sahaja. Namun, midin boleh juga dihidangkan semasa family gathering, sambutan hari perayaan dan beberapa occasions yang bersesuaian. Gambar di bawah merupakan midin:
Kalau bab sayur ini, saya memang sangat memilih. Tetapi, sayur midin ini mempunyai rasa yang sangat menarik, terutamanya apabila ditambah dengan belacan. Hidangan ini memang salah satu makanan tradisional kegemaran saya dan saya ingin anda semua untuk sekurang-kurangnya mencuba makanan ini. Walaupun rupa hidangan ini tidak seberapa, namun saya jamin bahawa hidangan ini adalah lebih daripada rupanya sahaja! Don't judge a book by its cover, bukan? Hehehe. Sekiranya anda ingin tahu cara-cara membuat makanan ini, anda boleh klik link di bawah! :)
- https://www.youtube.com/watch?v=nN3HVKibQFk
3. Kuih Penganan
Baiklah, sekarang kita beralih kepada makanan yang terakhir iaitu Kuih Penganan. Ya, yang ini adalah kuih dan bukannya lauk-pauk. Namun, kuih ini juga dikenali sebagai Kuih Penyaram oleh sesetengah orang. Kuih ini sangat terkenal di Sarawak dan sering dihidangkan dalam perayaan seperti Hari Gawai. Gambar rajah di bawah adalah kuih penganan/penyaram:

- Manok Pansuh (Ayam dalam Buluh)

Kuih Penganan ini mempunyai rasa yang manis dan crunchy apabila dimakan sebaik sahaja siap dihidang. Biarkan kuih ini selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum makan. Siapa saja yang mahu makan makanan yang terlampau panas? Nanti meletur lidah. Kuih ini memerlukan minyak yang banyak tetapi ia tidak sepatutnya menjadi terlampau berminyak. Ingin tahu cara membuat kuih penganan/penyaram ini? Klik link di bawah!
Banyak lagi makanan tradisional masyarakat kaum Iban, tetapi saya cuma ingin berkongsi hanya Top 3 makanan yang terkenal dan sering dihidangkan. Sekiranya anda datang ke Sarawak, jangan lupa untuk mencuba ketiga-tiga makanan ini dan explore lagi banyak makanan tradisional kaum Iban! Ini sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Ditulis oleh: Desiree Marie Sidi
s
ReplyDeleteAdam